Cara Gampang Buat Overnight Oats Untuk Sarapan Setiap Hari
CARA MUDAH BUAT OVERNIGHT OATS UNTUK SARAPAN SETIAP HARI. Assalamualaikum. Overnight oats. Ada yang suka tak? Makan waktu sarapan, alahai sedapnya. Letak pula macam-macma kat dalam tu. Memang kenyanglah! MACAM MANA NAK BUAT OVERNIGHT OATS YANG MUDAH Rasanya ramai yang dah tahu kan cara nak buat overnight oats. Memang gampang sangat. Sediakan waktu malam, dna esoknya dah boleh makan untuk sarapan. Alhamdulillah, kenyang dan berguna gitu. Tapi, macam Cik Rose ni lain sikit. Kalau korang nak tahu, Cik Rose dah sebulan cuba untuk amalkan eat clean dan makan makanan yang berkhasiat. Campur-campur. Taklah clean sangat. Hihi. Jadi, sajian sarapan memang bertukar-tukar. Kadang-kadang makan telur, buah atau roti. Sesekali tekak nak bagus pula. Tu yang makan oats. LAGI SUKA MAKAN OATS YANG DISEDIAKAN WAKTU PAGI BERBANDING MALAM Ya, itulah Cik Rose. Cik Rose dah cuba buat waktu malam dan buat waktu pagi. Ternyata, Cik Rose lebih gemar yang buat waktu pagi. Kita boleh je buat iku...