Kerinduan | Tenang Menggamit Kalbu
Assalamualaikum. Pernah tak korang melihat gambar-gambar lama. Lepas tu, pelbagai memori dan kenangan kemudian tiba menerjah. Koran mesti akan rindu dengan suasana tersebut. Kenangan indah, mahupun kenangan duka. Dalam hidup ni, tak semuanya berjalan lancar. Bukan semua yang kita inginkan, akan kita peroleh. Ada pasang surutnya. Ada saja dugaan atau ujian yang singgah. Kitalah yang kena tabah dan bijak mengatasinya. Jangan cepat berputus asa. Jangan cepat mengalah. Tarik nafas dahulu. Cuba tenangkan fikiran. Perlahan-lahan cuba ambil langkah untuk menuntaskan satu persatu masalah. Lokasi : Jeti Titi Semeling, Kedah. UJIAN KITA BERBEZA, USAH DIBANDINGKAN Kadang kala, kita rasa ujian kita berat. Kita sedih dan pedih bila diuji. Tapi, sedarkah kita ada yang lain sedang bertarung dengan ujian yang lebih berat. Sedangkan diri kita gres tercuit sedikit. Hidup kita berbeza, jalan kita berbeza dan ujian kita berbeza. Setiap dari kita b...