Postingan

Menampilkan postingan dengan label perkongsian

Permulaan 2019

Gambar
Assalamualaikum. Januari 2019, hampir berlalu meninggalkan kita. Bagaimana bulan pertama anda?  Moga baik-baik sahaja hendaknya.  Perjalanan 2019. Ada yang diduga dengan berat pada awal tahun ini. Mahu tidak mahu, harus dihadapi. Harus berusaha berhadapan dengannya.  Ada pula mendapatkan khabar gembira. Berita yang seringkali diidamkan. Rezeki dari Allah. Tahniah. Syukur Alhamdulillah.  Perpisahan. Ada yang diuji dengan perpisahan di dunia. Bibir bahagia mengucap kata sabar. Namun, apa yang bersarang di hati, tak sanggup kita lihat.  Azam 2019. Walau apa pun azamnya, berusahalah ke arah kebaikan. Berusaha sedayanya untuk mengecapinya. Akan ada ujian, ada halangan. Tempuhi dengan damai dan sabar  Sumber http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/

Amalkan Doa Murah Rezeki Setiap Hari

Gambar
AMALKAN DOA MURAH REZEKI SETIAP HARI . Assalamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar semua? Moga berada dalam keadaan yang baik hendaknya.  Ada andal keluarga Cik Rose yang diuji dnegan dilema kesihatan. Ada juga teman-teman yang sedang bertarungn melawan kesakitan. Moga diberian kesembuhan buat semua.  Pagi ni, Cik Rose nak kongsikan satu doa buat semua. Doa Murah Rezeki. Jom sama-sama kita amalkan. Jadikan malam harian.  Moga bermanfaat buat semua.  Doa dan perjuangan kita seiring. Insyaallah, beroleh hasilnya.  Cik Rose sertakan beberapa l angkah dan cara untuk menjemput rezeki : 1) Mengutamakan solat Solat ialah tiang agama. Solatlah di awal waktu. Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan lebih fokus 2) Solat Tahajjud Solat Tahajjud ialah kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki sama ada berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta, pangkat, semuaya boleh dibuka dengan kunci ini 3) Solat Dhuha Firm...

Promosi Gempak | Bolehkah Menipu Untuk Tujuan Marketing Dalam Perniagaan Atau Mempromosikan Sesuatu?

Gambar
PROMOSI GEMPAK | Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?  Bila datang demam isu perayaan atau hujung tahun, banyaklah jualan murah. Sana sini ada promosi. Kita sebagai pengguna kena bijak memilih. Jangan terpedaya dengan promosi yang sengaja diada-adakan. Sedangkan ianya tidak benar. Indah khabar dari rupa gitu! PRODUK YANG TERBAIK DAN BERKESAN Ramai yang claim ayat ni kan. Jual apapun, banyak betul kegunaannya. Kitalah kena selidik dahulu, jangan main beli jer. Rugi duit tu nanti. Tak ada jalan singkat untuk ita dapatkan sesuatu. Lepas tu, testimoni yang manis aje. Ramai yang cakap best, berkesan dan berbaloi-baloi.  DISKAUN 50% HINGGA 70 % JUALAN PENGHABISAN STOK Aduh duh,. siapa yang tak terpengaruhi bila dengar diskaun banyak macam tu. Janganlah terus percaya. Korang tengok dulu, iye ke diskaun tu. Ke peniaga menukar tag harga untuk mengelirukan kita sahaja. Ok, di sini, Cik Rose sertakan dudu...